Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Misi Menyelamatkan Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir (OPS Piramid)

12a11aa

Kelab Putera 1Malaysia membawa amanat daripada Y.A.B Perdana Menteri yang juga merupakan Penaung Putera 1Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang terlibat dalam ops piramid ini. Putera 1Malaysia telah membawa sebanyak 20 Tan Makanan, Minuman, Ubat-ubatan serta seramai 50 orang sukarelawan Putera 1Malaysia ini juga termasuk 20 orang doktor yang akan membantu merawat dan memberikan nasihat terhadap rakyat Malaysia yang mengalami sakit serta yang mengalami kejutan akibat rusuhan yang telah berlaku di Mesir…. Read more »

Misi Kemanusiaan Banjir Queensland Putera 1Malaysia

12aa11

Atas keperihatinan Y.A.B Perdana Menteri dan warga Putera 1Malaysia,  Putera 1Malaysia telah berhasrat mengadakan misi bantuan kepada rakyat Malaysia di Queensland, Australia. Ini kerana terdapat banyak rakyat Malaysia serta mahasiswa kita yang berada dalam kesusahan memerlukan bantuan, Putera 1Malaysia telah mengambil langkah dan telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membantu pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa banjir tersebut, Hasilnya pada 28 Januari, sekumpulan 18 orang sukarelawan misi yang terdiri daripada Seketariat Putera 1Malaysia, Doktor dan Media telah dihantar ke Queensland bagi menyalurkan bantuan dan menyalurkan rasa perihatin warga Putera 1Malaysia terhadap apa yang berlaku kepada mereka-mereka ini. Walaupun, terpaksa melalui prosedur-prosedur yang agak ketat yang telah ditetapkan oleh pihak Australia, namun atas keperihatinan Y.A.B Perdana Menteri yang merupakan Penaung Kelab Putera 1Malaysia telah banyak membantu urusan agar bantuan dapat disalurkan dengan kadar yang segera…….. Read more »

Lawatan Putera 1Malaysia bersama Adik Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik

adik_1

Pada 19 Januari 2011, Kelab Putera 1Malaysia telah pergi melawat dan membantu Mohamad Hairuman Miskon yang menjadi mangsa renjatan elektrik voltan tinggi ketika sedang mengait buah kelapa sawit. Lawatan ini diketuai sendiri oleh Y.Bhg Dato Abdul Azeez Abdul Rahim, Presiden Putera 1Malaysia. Ahli kelab yang melawat adik hairuman tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan beliau yang begitu menyayat hati. Ketika melawat adik hairuman Putera 1Malaysia telah menyampaikan sumbangan hamper serta wang tunai sebanyak RM 1500.00. Selain itu juga kelab Putera….. Read more »

All Martial Art Exhibition Anjuran Putera 1Malaysia Mendapat Sambutan Diluar Jangkaan

12a11

Pada 30 dan 31 disember 2010 lalu, All Martial Exhibition yang telah dianjurkan Putera 1Malaysia mendapat sambutan diluar jangkaan kerana seramai lebih kurang 3000 orang pengunjung yang mengunjungi program ini amat berpuas hati di atas pendedahan yang mereka perolehi mengenai seni mempertahankan diri yang wujud di dunia, ini kerana pada program ini Putera 1Malaysia telah berjaya menjemput ahli-ahli seni mempertahankan diri dari seluruh pelusuk dunia untuk menyertai program ini dan mempamerkan demonstrasi seni pertahan diri mereka ini. Antara seni mempertahankan diri yang paling digemari ramai adalah tomoi, kemuncak majlis ini apabila diadakan perlawanan tomoi membabitkan ahli tomoi dari Malaysia dan juga dari Antarabangsa berentap menunjukkan kemahiran mereka dalam seni mempertahankan diri tomoi ini……. Read more »